Jambatan Darul Hana (Place of Peace and Tranquility)



Hasil carian google


Jom balik Kuching...Ya bandar kelahiran Cik TheSmallFrame. Saya masih ingat lagi ketika dibangku kolej. Saya dan rakan-rakan telah bersiar-siar sekitar Waterfront. Waktu itu alternatif kami adalah drive dari rumah masing-masing dan parking kereta di sekitar kampung seberang (Gersik/Pangkalan Sapi) dan mengambil perahu penambang dari situ ke kawasan bandar. During my time tambang sekitar 30sen -50 sen.


Dalam perjalanan menuju ke wayang saya memberitahu kawan-kawan harap sangat ada jamabatan yang menghubungkan kampung seberang ke kawasan waterfront ni. Jadi boleh la jalan kaki la kan? tapi masa tu beberapa kawan macam tak berapa berminat hendak mendengar. Sebab pada mereka adalah mustahil dan menyekat rezeki pak cik-pak cik penambang...mmmm....

Namun, as time goes by tiba-tiba kerajaan Sarawak mengumukan project jambatan ini. Dan ya...kawan-kawan saya telah menghantar "Whatsapp" mengatakan bahwa angan-angan saya menjadi kenyataan.

Saya huraikan sedikit sebanyak mengenai jambatan ini ye...

Jambatan Darul Hana adalah satu mercu tanda yang baru untuk Kuching City. Jambatan yang tenang dan damai itu telah di rasmikan pada bulan Ogos 2013 bersempena Jubli Emas Sarawak besama membentuk Malaysia.

Jambatan yang berbentuk S (s untuk Sarawak) sepanjang 335 meter dan bernilai RM35 juta itu menghubungkan Kuching Utara dan Kuching Selatan dan ini adalah laluan alternatif kepada kedua-dua kawasan tersebut.

Jadi kepada orang-orang di luar sana. Sekiranya pergi melawat atau melancong ke Kuching, jangan lupa untuk singgah di Jambatan ini ye. Jogging pun best tau!!!








Comments

Popular posts from this blog

Mental Health Issue : Depression

Misi Meningkatkan Berat Badan